~ Status terkini ~

~> Tempahan dibuka Jahit dibuka. Berminat boleh pm 😊

Loose Cardi

Assalamualaikum..
hari ni nak share cara buat baju ala-ala kimono tu tapi ni Yaya dah ubah suai mengikut selera Yaya..
nak cakap kimono pun boleh nak cakap cardigan pun boleh..
dan ku beri nama LOOSE CARDI.. ni kes banyak kain recycle la ni..lebih-lebih kain tu jangan buang..agak ada idea, menjadi jugak kan?


Ini adalah gambaran untuk Loose Cardi.
Bahu tu seeloknya besarkan 1" atau lebih sebab nama pun loose kan..
kalau nak rasa ikut ngam-ngam bahu korang pun boleh je..
labuh tu Yaya pun 30 " sebab tak nak panjang sangat tak nak pendek..lepas pong je..
buka tangan tu Yaya buat 9" (ikut suka korang nak besar mana)


Potongan pola sama je macam kita buat pola kurung moden.
Nak tahu pola kurung moden boleh intai bahagian Pola baju kat atas tu..
cuma yang lainnya kita akan tolak 2" @ 3" dibahagian depan baju. Boleh tgk gambar yang Yaya lukis dekat buku tu..


Dan bahagian atas yang tang leher tu, kita bundarkan sikit..biar cantik sikit bentuk dia..


Ni gambaran bila kita nak potong dekat kain..
bila dah tolak 2" @ 3" yang depan tadi, pola korang akan jadi macam ni..
dekat bahagian anak panah tu, bahagian depan tu tinggalkan 1/2 (0.5") sebab nti lepas jahit tepi kita lipat lagi sekali je..bahagian lain tu tak kisah korang nak bagi basi berapa..


Ni gambaran bila dah potong..
korang jahit je macam biasa cumanya cardi ni kita tak payah letak lapik leher...
dari bawah tadi kita jahit terus sampai leher dan tamat balik di hujung bahagian sebelah lagi satu..



Tadaaaaaaaaa...
siaplah LOOSE CARDI yang memang simple dan tak sampai beberapa minit dah siap..
boleh pakai pergi memana..cantikkan? 
haaaa..boleh cuba buat satu untuk diri korang..
sebenarnya kalau nak buat leher bentuk lain ke, dekat bahagian depan ada reben ke apa ke, boleh je..
ni yaya tunjuk yang paling simple la untuk starting..hee..
sebab Yaya ni pun memang jenis yang simple...heee..